Gondola Cinta Di Venice

Gondola Cinta Di Venice merupakan drama bersiri 2016 arahan Izzman Hafiz.[1] Drama 26 episod ini mula ditayangkan pada 7 Jun 2016 di TV2 melalui Slot Selekta Prima.Berkisah tentang perjalanan hidup sebuah syarikat milik seorang hartawan yang telah memperisterikan seorang janda beranak satu. Faris seorang lelaki kampung yang pandai bermain biola telah berhijrah ke Venice, Itali dengan mempunyai misi untuk membunuh seseorang. Seorang wanita melarikan dirinya ke Itali, sehari selepas hari pertunangan hanya untuk jatuh cinta dengan seorang pemuda misteri yang menyimpan seribu satu kisah.